Jumaat, 25 Februari 2011

TAJUK:
Tokoh Agama  Tuan Abu Bakar Bin Ishak  .


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551


DISEDIAKAN OLEH:
Nur Ain Binti Mohamad Sobri .
No Matrik : 2010432202
Kumpulan: Bmb2Ab


PROGRAM:
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian ) Pengurusan Perniagaan (Kewangan)
BM222

TARIKH HANTAR:
26 Februari 2011





ISI KANDUNGAN

TAJUK : TOKOH AGAMA TUAN ABU BAKAR BIN ISHAK
·         ISI KANDUNGAN
·         ABSTRAK
·         PENDAHULUAN
·         KONSEP
·         PENGENALAN LATAR BELAKANG TOKOH
·         LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
·         PEKERJAAN TOKOH
·         PERMULAAN PERJUANGAN
·         ZAMAN PEKERJAAN DAN PENGLIBATAN LUAR
·         AKTIVITI-AKTIVITI LAIN
·         PRINSIP DAN SIKAP YANG DIAMALKAN
·         PENUTUP DAN HARAPAN
·         BIBLIOGRAFI




Abstrak.

Dalam melakukan apa jua pakerjaan kita tidak seharusnya bersikap malas ataupun bosan apatah lagi dalam mengerjakan ibadah dan meninba ilmu pengetahuan .Oleh itu cuba cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya
Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, anda rasa seronok melakukannya . Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah.
 Sebagai umat Islam Kita harus mengerti bahawa apa jua pekerjaan merupakan ibadah asalkan ianya mendatangkan kebaikan dan mendapat keredhaan Allah S.W.T .Hal ini kerana ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah, baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagi mana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam ibadah.
Firman Allah yang bermaksud :
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku."

(Adz-Dzaariyaat: 5





Pendahuluan

Dengan lafaz bismillah ,saya memanjatkan kesyukuran kepada  Tuhan yang Maha esa. Malah jutaan terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.Tujuan tugasan ini ialah untuk meningkatkan lagi kefahaman ,pengalaman serta sikap saling hormat menghormati diantara satu sama lain  pelajar mengenai agama islam dan ilmu pengetahuan  yang ditimba .
Sebagaimana yang diketahui ,mempelajari sesuatu ilmu itu tidak boleh hanya berdasarkan menambah pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Jika itulah sahaja yang diperoleh, maka kita hanya mendapat kulit dan isi dan tidak intinya. Kulit adalah pengetahuannya, isi adalah kemahirannya, tetapi intinya pula ialah sikapnya.
Selain pembelajaran secara formal ,pengalaman diri dan orang lain turut  boleh dijadikan pengajaran kepada diri sendiri .Disamping mematangkan fikiran seseorang individu .Bak kata golongan  bijak pandai “orang yang bijak ,adalah orang yang belajar dari pengalaman orang lain”.
Jika akal dan fikiran sahaja yang diasah, tetapi hati masih tidak diasuh, maka setinggi mana, sebanyak mana ilmu yang dituntut, ia akan berkesudahan dengan kesilapan yang akhirnya menjadi kesalahan. Ilmu yang tidak dipelajari dengan penyertaan hati akan menjadikan seseorang itu tidak mengenal baik dan buruk untuk diri, negara dan agamanya meskipun dia sudah mumayiz berpuluh-puluh tahun yang lalu.
Justeru itu, dalam pada kita mudah sekali mempelajari ilmu, kita mestilah memperoleh tiga elemen yang penting itu. Ia akan menjadikan kita seseorang yang seimbang dari segi perlakuan dan pemikiran. Malah, pada waktu yang sama dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara optimum. Inilah wasatiyyah yang harus menjadi pegangan kepada sesiapa yang mencintai ilmu .






Konsep
Konsep yang ingin diperkenalkan didalam tugasan ini ialah melalui perkongsian pengalaman . Dengan menggunakan kaedah temubual dan sumber –sumber rujukan lain ,dalam mendapat hasil yang terbaik .
Tokoh agama yang dipilih adalah berdasarkan pengalaman,dan penglibatannya dalam sosial .Ini bertujuan untuk berkongsi kepada pembaca akan pengalaman, serta memberi nasihat diantara satu sama lain dalam menjalani kehidupan didunia  sebagai khalifah Allah di muka dunia ini.
Justeru  itu ,melalui apa jua kaedah sesuatu ilmu masih boleh disampaikan asalkan ianya bertujuan memberi didikan yang berguna kepada pembaca .Agar kita berjaya hidup didunia dan akhirat kelak.



Pengenalan Latar  Belakang Tokoh

.


Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Bin Ishak  ataupun lebih dikenali dengan panggilan ustaz .Dilahirkan didalam keluarga yang berlatangbelakang pesawah dan bukanlah dari golongan pendapatan tinggi.Beliau merupakan anak kedua dari empat adik beradik . Beliau dilahirkan pada 26 Julai pada tahun 1942 di Permatang Kerai Kecil Pulau Pinang.

Kini beliau kembali menetap dikampung halamanya tanah kelahiranya, bersama keluarga  .Masjid yang dibina bersama isteri tercinta Hajjah Sofiah Binti Abdul Latif hampir berusia tiga dekad.Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dengan empat cahaya mata .Iaitu Musdi Bin Abu Bakar ,Mohamad Fauzi Bin Abu Bakar ,Norlina Binti Abu Bakar dan Nor Anissa Binti Abu Bakar.Kesemua anak-anaknya kini telah pun berjaya  didalam pekerjaan masing-masing kecuali anaknya yang bongsu bakal menamatkan pengajiannya  pada tahun ini .






Latar Belakang Pendidikan.
                                                                                                                                                                                    
Bermula dari pendidikan rendah,beliau memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan sehingga darjah enam.Pada peringkat menengah ,beliau meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia.







Bagi meneruskan cita-citanya sebagai pendidik beliau telah mendapat peluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris.Setelah berjaya menamatkan pengajian dimaktab beliau mula melibatkan diri dengan dunia pendidikan yang merupakan cita-citanya sebagai pendidik.







Pekerjaan Tokoh


Pada pendapat beliau pekerjaan beliau sebagai pendidik dan pendakwah memberikan kepuasan dan kemanisannya yang tersendiri .Pada masa yang sama beliau juga dapat sentiasa mengigatkan diri akan kebesaran ilmu Allah S.W.T. sebagaimana pejuang –pejuang agama Allah pada zaman rasullah .
Hal ini adalah Kerana kemanisnya perjuangan dalam kegetiran,sebagaimana Muhajirin diangkat darjatnya, ahli Badar diampunkan kesalahan dan dijanjikan syurga. Menjadi kumpulan elit dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Yakin apa sahaja yang berlaku adalah atas percaturan Allah SWT. Makhluk tidak dapat memberikan bekas melainkan sekadar yang diizinkan oleh Allah.
Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah, Siti Hajar rela ditinggalkan bersama anaknya Ismail di tanah yang tandus kerana yakin Allah tidak akan mempersia-siakannya dan anaknya.
Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi Nabi Ismail sanggup disembelih oleh Nabi Ibrahim.
Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi Maryam taat dengan  perintah Allah untuk mengoyangkan pohon kurma dalam keadaan lapar dan sarat mengandung walaupun pohon kurma itu tersangat keras. Berkat keyakinan dengan apa yang Allah perintahkan beberapa biji kurma gugur dengan izin Allah.


Untuk renungan bersama :
Hadis Ibn Abbas yg dikeluarkan oleh Imam atTermidzi ( 2440) dan Musnad Imam Ahmad (2666)
'Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahu'alaihi wa sallam lalu beliau bersabda :'Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering.'







Permulaan Perjuangan


Maka bermulalah perjuangan  beliau pada tahun 1972 setelah berjaya menamatkan pengajian beliau.Iaitu perjuangan sebagai pendidik ,disamping seorang pendakwah ,kerana pada beliau ilmu agama  dan secebis ilmu didada sudah menjadi tanggungjawab padanya untuk disampaikan.Walaupun  pengalaman  sepanjang pengajian yang terbekal  tidak sampai setahun jagung tetapi  padany ianya merupakan fardu kifayah yang harus  dipikul dan dilaksanakan sebaik mungkin .
Pada permulaan episod perjuangan , beliau ditempatkan di sekolah Inggeris  Air Itam.Gaji yang diterima oleh beliau pada masa itu tidaklah semewah dengan gaji para pendidik pada masa kini ,dengan gaji bulanan sebanyak RM 28 sebulan  .Berhadapan dengan para pelajar pada kali pertama sememangnya cukup menguji keyakinan dan keupayaanya .Namun mengigatkan kepada  kewajipannya ,semua itu harus ditempuhi dengan semangat yang kental.







Zaman Pekerjaan dan Penglibatan luar


Beberapa tahun kemudian ,sedikit –sebanyak pengalaman telah ditimba .Tetapi pada beliau itu masih belum mencukupi ,kerana pada beliau sebagai seorang khalifah Allah didunia yang fana ini ilmu pengetahuan dan pengalaman seharusnya terus timba  dan dihausi seperti air.Kerana diakhir nanti kepuasan dan kemanisan perjuangan dapat dirasai serta mendapat keredhaan Allah tuhan yang maha Mengetahui lagi maha Pengasih .
Pada tahun 1984, beliau kemudian ditugaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor .Beliau  turut  pernah menjadi pendidik di beberap a buah sekolah yang lain antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Alma ,Sekolah kebagsaan Alma ,Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya ,Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya serta Sekolah Kebangsaan Agama Rakyat   yang berdekatan dengan kawasan tempat perkerjaannya ataupun tempat tinggalnya .
Beliau sebenarnya boleh dikatakan bekerja sebagai pendidik hampir sepanjang masanya.Pada waktu pagi sehingga petang beliau mejalankan tugas  di sekolah .Setelah tamat sesi persekolahan pada petangnya pula beliau akan mengajar di sekolah agama .Itulah pekerjaan yang dikerjakan oleh beliau pada siangnya.
Pada waktu malam pula beliau akan hadir ke masjid untuk menjadi imam dalam solat,ataupuan memberi ceramah ataupun kuliah magrib ataupun subuh.Sementara pada hari Sabtu dan Ahad yang merupakan untuk bersama ahli keluarga turut digunakan untuk  kelas agama untuk orang dewasa dikawasan tempat tinggalnya .
Pada pendapat sesetengah individu lain ,mereka berpendapat beliau seseorang yang terlalu sibuk .Namun pada beliau  ,semua masa beliau adalah amat berharga dan tidak seharusnaya disia-siakan begitu sahaja .Beliau tidak suka mengeluh dan menyalahkan orang lain dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan ,kerana padanya itu merupakan suatu kelebihan setelah pekerjaanya membuahkan hasil.malah beliau juga mengangap  setiap detik didunia ini merupakan pelabura diakhirat dunia yang pasti kekal







Aktiviti-aktiviti lain




Walaupun sibuk ,menjadi pendidik beliau juga tidak ketingalan dengan aktiviti luar ataupun sosialnya. Antara Jawatan yang pernah dipegang oleh beliau ialah :


·        Pengerusi Persatuan Guru-Guru Agama Pulau Pinang .

  •   ·                     Timbalan Pengerusi Koperasi Guru-Guru Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
·         Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Madrash Saadiyah  Islamiyah Pulau Pinang.          
             
       Pengerusi Surau Permatang Kerai Kecil .
·        Pengerusi Khairat Kematian.
·        Pengerusi  Kemudahan Alatan Masjid .
·        Penasihat Pemuda UMNO.
·        Imam Masjid Kampung Banggol.


Begitulah aktiviti yang beliau terlibat .ini membuktikan bahawa Allah itu maha adil apatah lagi dalam pemberian masa dan peluang kepada mereka yang mahu menjadi yang terbaik disisinya.Walaupun sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan aktiviti lain beliau tidak pernah sesekali melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga.Beliau cuba sedaya upaya memperuntukkan masa kepada keluarganya dengan meluangkan masa pada waktu pagi ataupun malam serta bercuti bersama keluarga sekiranya berkesempatan.
Padanya adalah kita sebagai umat Islam  kita seharusnya mengunakan masa sebaik mungkin .Oleh itu penggurusan masa yang berkualiti dan praktikal adalah amat penting .Apatah lagi kepada pelajar dan rermaja pada masa kini ,kerana ianya boleh menentukan masa depan seseorang remaja itu .Sebagai contoh sikap malas belajar , ataupun malu bertanya seharusnya disingkirkan  dari umat Islam.cubalah untuk mencontohi para sahabat nabi yang tidak segan bertanya dalam apajua  permasalahan mereka ,bertanya  sekiranya tidak yakin dengan apa yang difahami agar tidak timbul perasaan was-was.Bak kata pepatah melayu ada menyebut ‘malu bertanya sesat jalan’




Prinsip  dan Sikap yang Diamalkan


Beliau merupakan seseorang yang tegas dalam pendirian ,apatah lagi dalam membuat keputusan.Tetapi sekiranya beliau terasa teragak – agak beliau akan meminta pendapat dari orng lain yang lebih berpengalaman, sahabat handai serta ahli keluarga sendiri.Pada beliau setiap pekerjaan itu perlulah dibuat sebaik mungkin bergantung kepada kebolehan diri dan pada masa yang sama doa dan tawakal harus dikuti bersama.Agar hasil yang bakal diperolehi adalah yang terbaik.
Selain itu beliau menjadikan sesuatu pekerjaan itu sebagai hobi.Pada beliau pekrjaan beliau sebagai pendidik adalah hobinya  sendiri .Beliau gemar menyampaikan ilmu dan pengalaman beliau kepada para pelajarnya agar sesi pembelajaran sentiasa menarik dan menyampai objektifnya.Walaupun ada masanya persoalan yang ditimbulkan sukar dijawab ataupaun adakalanya tidak diketahui oleh beliau sendiri.
Sekiranya berlaku kerumitan sebegitu beliaukan cuba memberi jawapan yang terbaik walaupun ,beliau sendiri terpaksa mencari dari pelbagai sumber yang lain .Hal ini pad amasa yang sama dapat meningkatkan pengetahuan ,pengalaman dan cintanya dalam menegakan syiar Islam .
Pengalamannya dalam  berhadapan dengan para pelajar dari tiga  generasi yang berbeza iatu golongan kanak-kanak,remaja dan dewasa menyebabkan beliau matang dalam menyampaikan ilmu mengikut kaedah beliau sendiri.Sekiranya para pelajar terdiri dari golongan kanak-kanak ,maka kaedah  yang tegas dalam lembut digunakan ,kerana pada peringkat umur sebegini mereka mudah dibentuk.
Pada peringkat remaja pula nasihat dan pendekatan atas kesedaran diri diguna .Hal ini kerana pada peringkat ini mereka suka memberontak dan pengaruh rakan sebaya banyak memainkan peranan.Oleh itu guru seharusnya cuba menjadi seseorang seperti rakan kepada para pelajarnya agar pembelajartan lebih mudah disampaikan.
Sementara golongan dewasa pula tidak memerlukan terlalu penekanan kerana pada peringkat ini kerana kesedaran atas pengalaman hidup ,terhadap  diri sendiri serta orang lain.Malah mereka  ini  seharusnya dihormati kerana  telah berjaya membuang rasa malu untuk tersus mencari ilmu.
Seterusnya dalam memegang pelbagai jawatan ,kerja berkumpulan tidak dapat dielakkan .Oleh itu kerjasama dan persefahaman adalah amat diperlukan .Disini ketua memainkan peranan dalam mengatur dan membina persefahaman antara ahli kumpulan .Disamping konsep musyarakah dan pembahagian tugas yang adil amatlah penting.






Penutup dan harapan .


Oleh itu sebagai umat Islam adalah amat penting dalam merancang  masa kerana setiap detik masa yang berlalu akan disoal .Kerana Allah telah berfirman dalam :- (Al-’Ashr 103: 1-3)

 بِالصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا الصَّالِحَاتِ وَعَمِلُوا آمَنُوا الَّذِينَ إِلا خُسْرٍ ا لَفِي لإِنسَانَإِنَّ وَالْعَصْرِ
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”

Sementara itu tokoh juga turut memberi sedikit amalan dan nasihat untuk dikongsi bersama samada pelajar ataupun kepada pembaca . Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.







Bibliography




Tuan Abu Bakar Bin Ishak  ..

Hidayat, K. (2008). Psikologi Ibadah. In K. Hidayat, Psikologi Ibadah. Jakarta: PT SERAMBI ILMU SEMESTA.

Muhaemin. (2006). Quran Hadith Untuk Kelas 5 Madrasah Tsnamiyah. In Muhaemin, Quran Hadith Untuk Kelas 5 Madrasah Tsnamiyah. Penerbit Grafindo Media Pratama.

Wahyudin Achmad M Illyas, M. S. (2003). Pendidikan Agama Islam. In M. S. Wahyudin Achmad M Illyas, Pendidikan Agama Islam. Grasindo.

Yusmaniyah, T. (2008). Akidah Dan Akhalak Untuk Kelas 6 Madrasah Tasnamiyah . In T. Yusmasyah, Akidah Dan Akhalak Untuk Kelas 6 Madrasah Tasnamiyah . Penerbit grafindo Media Pratama.